Kes Covid 19 yang makin hari makin tinggi di Malaysia sehingga mencatatkan 8,868 kes pada 8 Julai 2021 menjadikkan jumlah ini antara kes yang tertinggi setakat hari ini walaupun sudah lebih sebulan kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).
Kes Covid 19 Semakin Tinggi Di Malaysia Dengan Mencatatkan Kes Sebanyak 8,868 Pada 8 Julai 2021 Khamis
KES COVID 19 DI MALAYSIA
Ramai yang semakin tenat dan penat dengan keadaan sekarang seperti tiada bayang untuk kes turun ke angka 0. Emosi juga semakin tidak stabil, ekonomi keluarga kian terjejas. Terutama buat warga selangor, kes harian hari ini mencatatkan kes sebanyak 4,152 kes positif covid-19.
Kempen #benderaputih, yang datang dari idea rakyat sendiri sedikit sebanyak membantu keadaan segolongan keluarga yang betul-betul memerlukan bantuan.
Sekarang bukan lagi masa untuk kita menunjuk siapa kaya, siapa susah, siapa ada kereta mewah siapa yang makan paling sedap. Tiada lagi keseronokkan 'updated' di page masak apa tak jadi hari ni seperti musim PKP yang lepas. Sebab PKP kali ni betul-betul menjejaskan semua pihak.
Tunjukkan empati kita dengan keadaan orang sekeliling. Jom kita bersama-sama berganding bahu untuk terus menjaga antara kita (rakyat jaga rakyat) dan hulurkan bantuan bagi yang memerlukan. Anda boleh juga klik sini untuk mendapat info bantuan/ menghulurkan bantuan.
Dan, pastikan jangan lupa untuk ambik vitamin C sebagai langkah ikhtiar untuk kita meningkat kesihatan imun secara semula jadi.
Kita masih lagi belum menang! Jangan putus asa dan sentiasa berdoa semoga virus ini cepat-cepat lenyap dari muka bumi.
Rakyat Prihatin,
Aisa Azilah
0 comments:
Post a Comment