Ini penting bagi memastikan kulit kita berada dalam keadaan sihat dan baik terutama bila kita menggunakan produk muka dari segi luaran ia dapat mengelakkan masalah lain timbul.
Korang nak elak masalah kulit breakout kan?
Jadi jom kita ‘survey’ dulu jenis kulit muka dan cara untuk kita mengatasi masalah seperti jerawat, jeragat dan lain-lain.
- Kandungan air dalam kulit mempengaruhi kelembapan dan keanjalan struktur kulit kita.
- Kandungan minyak dalam kulit pula mempengaruhi kelembutan, dan memelihara nutrisi kulit
- Pengambilan makanan tambahan seperti vitamin atau mineral menambah baik kesihatan kulit kita
Jenis Kulit Muka Normal
- Kulit muka jenis normal menggambarkan kulit yang seimbang. Maksudnya keseluruhan kulit muka mempunyai sebum (minyak) dan kelembapan yang seimbang atau sama rata. Kulit jenis ini juga tidak terlalu kering dan tidak terlalu berminyak. Di bahagian ‘T Zone’ (dahi, dagu dan hidung) mungkin ada sedikit berminyak namun tidak memudaratkan.
- Saiz liang pori kecil/ sederhana.
- Warna kulit sekata, dan nampak sihat.
- Pada bahagian 'T' zone muka, tidak berminyak dan stukstur kulit muka lembut
- Mereka yang mempunyai jenis kulit kering kebiasaanya setiap kali lepas cuci muka, kulit akan terasa tegang, ketat dan agak keras.
- Garisan halus mudah terlihat dan muncul. Dalam masa yang sama kulit jenis ini akan lebih mudah menggelupas dan kulit terasa pedih secara tiba-tiba. Terutama ketika kita mencuci muka/toner.
- Selain itu, kulit jenis ini dilihat juga tidak mempunyai masalah liang pori yang ketara tetapi sel-sel kulit mati akan terkumpul dan menyebabkan kulit menjadi kusam.
- Kulit mungkin mengalami kehilangan air dari kelenjar yang disebabkan oleh cuaca yang panas, tekanan dan aktiviti semasa.
- Kekurangan kelembapan secara semula jadi terutamanya dari sumber urea, asid amino dan asid laktik yang bertindak membantu mengikat atau kunci kelembapan di dalam air.
- Kekurangan lipid epidermis seperti ceramida, asid lemak dan kolesterol yang diperlukan dalam membantu fungsi penghalang kulit menjadi lebih sihat.
- Kulit jenis ini mempunyai gabungan antara kulit berminyak dan juga kulit kering.
- Terutama pada bahagian T zone muka, seperti hidung, dagu dan dahi kelihatan lebih berminyak berbanding keadaan kulit di pipi lebih kering.
- Kulit jenis ini juga selalunya diperngaruhi oleh genetik atau perubahan hormon seseorang individu. Masalah yang sering ada untuk golongan jenis kulit ini ialah whitehead dan blackhead senang mumcul di bahagian hidung.
- Pengeluaran sebum (minyak) yang berlebihan pada bahagian 'T zone' menyebabkan ia kelihatan berminyak berbanding pada bahagian kulit seperti di pipi kekurangan sebum dan kekurangan lipid yang sepadan menjadikkan ia kelihatan kering.
- Untuk individu yang mempunyai masalah kulit berminyak seperti ini, mereka lebih terdedah dengan masalah kulit seperti pori terbuka luas dan tersumbat, jerawat dan blackhead.
- Ini berlaku akibat sebum (minyak) dihasilkan secara berlebihan
- Genetik/ Keturunan
- Perubahan dan ketidakseimbangan hormon
- Pengambilan ubat-ubatan
- Tekanan
- Penggunaan kosmetik komedogenik (produk solekan yang menyebabkan kegatalan
- Untuk mereka yang ada masalah kulit sensetif ia boleh dikenal pasti melalui tekstur kulit yang lebih lembut, kemerah-merahan, gatal dan mudah rasa pedih
- Ini kerana kulit mudah bertindak balas dengan kandungan produk, persekitaran dan juga makanan.
- Kenal pasti atau kaji faktor punca yang menyebabkan kulit menjadi sensetif supaya kita dapat mengurangkan masalah sensetif.
0 comments:
Post a Comment