Monday 5 July 2021

8 Kebaikkan Utama Elderberry - Aisa Azilah

Dekat Malaysia belum ramai yang terdedah dengan kebaikan buah-buah seperti elderberi, cranberi, beri hitam dan lain-lain. Mungkin sebab rakyat negara kita lebih suka makan durian si raja buah, actually aisa pun suka makan durian. 

Tapi semenjak shaklee keluarkan produk baru ni, aisa tertarik nak tau kebaikan buah elderberry. Macam menarik pulak warna ‘purle’, buah kecil-kecil macam ni kan? Nampak pun sedap.


Sedikit info tentang buah elderberry, buah ni kebanyakkan tumbuh di negara Amerika Syarikat. Tapi ada juga ditemukan di Eropah dan Asia Barat. Dan musim buah ni tumbuh lebat sekitar bulan mei-julai. Ha sekarang mungkin penuh elderberry dekat negara barat sana kan?

Orang dekat sana, suka buat buah elderberry ni sebagai sirap, jus, gummie dan juga pai.

Contoh Elderberry sirap dan gummie

Kalau nak tahu, elderberry ini juga digunakan sebagai salah satu jamu tradisional untuk kesihatan pada zaman purba dulu bagi menyembuhkan selesema dan demam.. Sebab buah ni tumbuh meliar seperti semak-semak dengan sangat banyak, dan mereka sedar buah kecil berwarna 'purple' ni memberi manfaat kepada mereka.

Oleh kerana, kita sekarang dah beralih ke zaman yang moden. Ramai saintis dan pakar perubatan mengkaji dan menemui kebaikan elderberry sebagai satu alternatif dari sudut perubatan moden.

Antara kandungan vitamin yang ada dalam setiap biji elderberry ialah :
  • Antosianin Polifenol
  • Asid Fenolik
  • Flavanol
  • Vitamin A
  • Vitamin B
  • Vitamin C
Elderberry Buah Beri Super

So dekat sini, aisa nak kongsikan antara manfaat buah elderberry yang sangat menakjubkan dan memberi seribu satu manfaat terutama buat kaum Wanita !

Antara kebaikkan Elderberry ialah:

1. Kaya Dengan Antioksidan
Ramai orang tahu, kandungan antioksidan semulajadi yang tinggi mampu melindungi sel badan kita dengan lebih baik. Begitu juga dengan elderberry ia kaya dengan sumber asid fenolik yang hebat , flavanol, Vitamin A dan C yang mana ia bertindak untuk memerangi radikal bebas dan oksidantif.

2. Meningkatkan Kesihatan Imun Badan
Buah elderberry ini bersifat anti-viral yang mana ia mempunyai keupayaan menghalang virus untuk melekat dan memasuki sel yang sihat dalam badan kita. Ia juga membantu meningkatkan pengeluaran sitokin yang memainkan peranan penting dalam tindak balas imun terhadap jangkitan virus. 

3.Mempercepatkan Pemulihan, Mengurangkan Demam dan Selesema Teruk
Kajian mendapati bahawa mereka yang sedang alami selesema mempunyai gejala yang kurang teruk dan sakit dalam tempoh lebih singkat jika mengambil ekstrak elderberry pada permulaan gejala. Sebatian dalam elderberry didapati menyekat protein dalam virus selesema dari melekat pada sel inang. Ini menjelaskan mengapa elderberry dapat melawan selesema.

4. Atasi Masalah Kulit Breakout dan Jerawat
Elderberry mempunyai kandungan flavanoid yang bertindak untuk melindungi sel kulit dan mengatasi masalah kulit yang teruk kerana ia mengandungi sifat antioksidan dan anti keradangan. Secara tidak lansung dengan amalkan elderberry ini ia akan menjadikkan sel kulit lebih sihat dan juga bebas daripada serangan radikal bebas yang akan merosakkan kulit kita. Ia juga membantu mengurangkan kesan daripada penggunaan produk antiseptik. 

5. Bertindak Sebagai Anti-Penuaan dan Kedutan
Kandungan Vitamin A yang tinggi menjadikan elderberry sebagai buah yang memberi kesan untuk mengurangkan masalah kemunculan garis-garis halus pada wajah yang menyebabkan kedutan dan penuaan.

6. Menjaga Kesihatan Jantung dan Pembuluh Darah
Buah elderberry ini juga dianggap mampu menurunkan kadar lemak dan kolestrol dalam darah yang mana khasiat vitamin-vitamin yang terdapat di dalamnya bertindak sebagai perlindungan kepada masalah jantung dan dalam masa yang sama menjaga pembuluh darah.

7. Atasi Masalah Sembelit dan Meningkatkan Kebaikan Dalam Pencernaan
Ada juga kajian yang menyatakan elderberry merupakan buah yang kaya dengan sumber serat yang baik dan dapat meningkatkan sistem pencernaan. Serat dalam buah ini juga dapat mengatasi masalah pencernaan seperti sembelit, sakit perut dan kembung.

8. Membantu dalam Proses Menurunkan Berat Badan Secara Semulajadi
Elderberry yang kaya dengan serat mampu menjadikkan perut rasa lebih keyang dan dalam masa yang sama ia juga akan membantu dalam proses menurunkan berat badan. Kajian dari Jerman juga mendapati pengambilan jus elderberry secara konsistent mampu mengurangkan paras kolestrol dan mengurangkan masalah berat badan berlebihan.

Di atas, merupakan lapan kebaikan elderberry yang utama, tapi banyak juga kelebihan lain jika kita mengamalkan elderberry ini secara konsistent dari sudu kesihatan.

Oleh sebab di negara kita ni, susah sangat untuk kita jumpa buah elderberry yang 'fresh' termasuk di pasaraya, kita boleh mengamalkan ia melalui supplement dari shaklee sebagai alternatif yang lebih mudah bagi mendapatkan kebaikan buah elderberry seperti melalui Life Shake with Soy Protein Shaklee.

Klik sini untuk info kebaikan Life Shake Shaklee 

0 comments:

Post a Comment