Saturday, 17 July 2021

Pengalaman Vaksin Sinovac di Bangi 2021

Mesti ramai yang nak tahu kesan vaksin covid-19 pada badan kita kan?

Gambar sumber pakcik 'google'


Sejujurnya aisa sendiri pun belum bersedia untuk ambik sebarang vaksin covid disebabkan terlalu banyak desas-desus keburukkan vaksin.


Yang mati, yang lumpuh, yang tiba-tiba kena serangan jantung. WaAllahualam.. Kita sendiri tak pasti sejauh mana kebenaran cerita mereka.


Tapi disebabkan atas rasa tanggungjawab pada masyarakat dan negara bila tengok my Sejahtera dah ‘updated’ tarikh dan lokasi untuk ambik vaksin.. Aisa redah jela…


Beratur untuk ambik gambar dekat sini. Terima kasih buat akak yang ambikkan gambar aisa. Macam ada 'NUR' lepas dapat vaksin :')


Simpan sini sebagai kenangan, vaksin dose pertama jenis sinovac di Bangi Avenue Convention Centre.


Fuh, merasa la juga keluar rumah ambik angin tengok manusia selepas berminggu-minggu berkurung dalam rumah…


Apa yang aisa boleh katakan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM sudah buat yang terbaik untuk penerima vaksin kali ni. Sistem sangat teratur, dari mula masuk sampai siap untuk ambik gambar.. 


Contoh borang yang kena isi nanti, pastikan bawak sekali pen ok.


Apa yang aisa boleh bagi korang gambaran, ramai volunteer yang membantu memudahkan urusan doktor dan frontliner di sana. Dan sebelum kita pergi ke ruangan untuk di suntik, ada doktor yang akan memberi penerangan tentang vaksin sinovac yang aisa ambik.


Antara kesan yang kita akan dapat ialah:

• Sakit kepala

• Rasa lenguh dan kebas di tempat suntikkan

• Demam


Tapi alhamdulillah lepas kena vaksin aisa tak demam atau pening kepala. Cuma malam masa nak tidur rasa lenguh di tempat vaksin.


Cuma satu yang aisa nak kongsikan dengan korang.. Kesan ketara lepas kena vaksin sinovac aisa sendiri rasa ialah RASA LAPAR! Kejap-kejap rasa lapar padahal baru lepas makan, tapi pandai-pandailah jaga mindset supaya kawal perasaan tu🤭.


In sha Allah next dose kedua aisa akan ambik bulan lapan nanti. Semoga makin ramai rakyat Malaysia berani untuk ambik vaksin lepas ni. Bila nama kita naik dekat My Sejahtera tu bermaksud mungkin Allah dah tunjuk kita salah satu jalan untuk kita membantu mengurangkan masalah pandemik covid-19. Dan nasihat aisa, sehari atau seminggu tarikh sebelum vaksin pastikan badan kita dalam keadaan sihat, amalkan minum air kosong yang cukup dan makan vitamin c okey? Good Luck untuk korang yang bakal ambik vaksin, jangan takut okey?


Bawah ni aisa share link, video aisa di Bangi Avenue Covention Centre untuk Vaksin Sinovac

Kenangan Video Dose Pertama Sinovac


0 comments:

Post a Comment