Sunday, 18 July 2021

Life Shake Elderberry Shaklee Rahsia Memiliki Kulit Cantik - Aisa Azilah

Bagi mendapatkan kulit yang cantik, bersih seperti telur di kupas menjadi satu idaman para wanita, baik ketika masih remaja mahupun bagi mereka yang dah meningkat dewasa. Kecantikkan kulit di katakan mampu meningkatkan keyakinan seorang individu untuk berdepan dengan suatu situasi.

Tapi ramai yang lupa, kecantikkan bukan sahaja dari segi penjagaan luaran tetapi dalaman yang sihat juga mampu memberi impak kulit yang lebih bersih, berseri dan kurang masalah kulit terutama di bahagian muka.

Sebelum aisa kongsi lebih mendalam bagaimana life shake elderberry ini mampu membantu untuk mencantikkan kulit, aisa senaraikan dahulu antara masalah kulit yang mungkin kita semua sedang mengalaminya sekarang. Antaranya ialah:

  • Kulit kusam tidak bermaya
  • Kulit kendur
  • Garisan penuaan mula muncul
  • Jerawat batu, pasir dll
  • Jeragat
  • Kulit kering
  • Kulit berminyak
  • Parut daripada jerawat
Setiap peringkat umur mungkin mengalami masalah kulit yang berbeza.

Jadi bagaimana life shake elderberry shaklee mampu mencantikkan kulit kita? Info yang sangat penting untuk kita semua tahu ialah. Life shake ini mempunyai dua bahan utama yang meransang kecantikkan kulit dari dalaman iaitu:
  • Protein Non Gmo
  • Buah elderberry
Gabungan protein dan elderberry yang sedap dan kaya dengan khasiat untuk kecantikkan

Antara kebaikkan utama Life Shake Elderberry Shaklee dari segi kecantikkan kulit ialah:
  1. Mempunyai gabungan protein non-gmo dan buah elderberry yang menjadikkan ia sebagai satu formula yang bertindak meransang kecantikkan secara semulajadi.
  2. Protein soya non-gmo life shake membantu dalam proses menghasilkan sel kulit baru yang lebih sihat.
  3. Bertindak sebagai 'renew' dan 'repair' sel kulit untuk menjadi lebih anjal, berseri dan awet muda
  4. Membantu memudarkan parut-parut jerawat secara perlahan-lahan
  5. Membekalkan kandungan antioksidan dan kaya dengan polifenol antosianin
  6. Melambatkan kemunculan garis penuaan terutama di bahagian bawah mata
  7. Membantu kulit untuk nampak lebih anjal dan awet muda
  8. Melembapkan kulit secara semulajadi
  9. Melindungi kulit daripada sinaran uv (radikal bebas) dan kurangkan masalah sunburn
  10. Membekalkan 24 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan untuk kulit yang sihat
Banyakkan kelebihan life shake elderberry ni, kalau korang pernah consume esp shaklee korang mesti kena cuba life shake sebab ia versi esp yang lebih premium dan berkhasiat.

Selain bagus untuk kecantikkan kulit, life shake elderberry ini juga mampu memberikan rasa keyang yang lebih lama, meningkatkan imunisasi badan, bagus untuk pencernaan dan juga sesuai untul mereka yang ingin turunkan berat badan.

Life Shake Elderberry akan masuk pada september 2021 nanti, korang yang nak merisik atau booking supplement ni dengan aisa boleh terus hubungi aisa okey? Pastikan beli shaklee dengan shaklee distributor yang bertauliah untuk membantu korang dapatkan guideline yang betul dan kesan kulit cantik berseri idaman hati. 

Hubungi Aisa Azilah | 0175597060

Continue Reading

Saturday, 17 July 2021

Pengalaman Vaksin Sinovac di Bangi 2021

Mesti ramai yang nak tahu kesan vaksin covid-19 pada badan kita kan?

Gambar sumber pakcik 'google'


Sejujurnya aisa sendiri pun belum bersedia untuk ambik sebarang vaksin covid disebabkan terlalu banyak desas-desus keburukkan vaksin.


Yang mati, yang lumpuh, yang tiba-tiba kena serangan jantung. WaAllahualam.. Kita sendiri tak pasti sejauh mana kebenaran cerita mereka.


Tapi disebabkan atas rasa tanggungjawab pada masyarakat dan negara bila tengok my Sejahtera dah ‘updated’ tarikh dan lokasi untuk ambik vaksin.. Aisa redah jela…


Beratur untuk ambik gambar dekat sini. Terima kasih buat akak yang ambikkan gambar aisa. Macam ada 'NUR' lepas dapat vaksin :')


Simpan sini sebagai kenangan, vaksin dose pertama jenis sinovac di Bangi Avenue Convention Centre.


Fuh, merasa la juga keluar rumah ambik angin tengok manusia selepas berminggu-minggu berkurung dalam rumah…


Apa yang aisa boleh katakan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM sudah buat yang terbaik untuk penerima vaksin kali ni. Sistem sangat teratur, dari mula masuk sampai siap untuk ambik gambar.. 


Contoh borang yang kena isi nanti, pastikan bawak sekali pen ok.


Apa yang aisa boleh bagi korang gambaran, ramai volunteer yang membantu memudahkan urusan doktor dan frontliner di sana. Dan sebelum kita pergi ke ruangan untuk di suntik, ada doktor yang akan memberi penerangan tentang vaksin sinovac yang aisa ambik.


Antara kesan yang kita akan dapat ialah:

• Sakit kepala

• Rasa lenguh dan kebas di tempat suntikkan

• Demam


Tapi alhamdulillah lepas kena vaksin aisa tak demam atau pening kepala. Cuma malam masa nak tidur rasa lenguh di tempat vaksin.


Cuma satu yang aisa nak kongsikan dengan korang.. Kesan ketara lepas kena vaksin sinovac aisa sendiri rasa ialah RASA LAPAR! Kejap-kejap rasa lapar padahal baru lepas makan, tapi pandai-pandailah jaga mindset supaya kawal perasaan tu🤭.


In sha Allah next dose kedua aisa akan ambik bulan lapan nanti. Semoga makin ramai rakyat Malaysia berani untuk ambik vaksin lepas ni. Bila nama kita naik dekat My Sejahtera tu bermaksud mungkin Allah dah tunjuk kita salah satu jalan untuk kita membantu mengurangkan masalah pandemik covid-19. Dan nasihat aisa, sehari atau seminggu tarikh sebelum vaksin pastikan badan kita dalam keadaan sihat, amalkan minum air kosong yang cukup dan makan vitamin c okey? Good Luck untuk korang yang bakal ambik vaksin, jangan takut okey?


Bawah ni aisa share link, video aisa di Bangi Avenue Covention Centre untuk Vaksin Sinovac

Kenangan Video Dose Pertama Sinovac


Continue Reading

Monday, 12 July 2021

Atasi Masalah Jerawat Dengan Cara Kenal Pasti Jenis Kulit Muka Kita

Menjadi satu keinginaan bagi setiap wanita untuk memiliki kulit yang cantik. berseri dan bebas daripada masalah kulit muka. Jadi sebelum menggunakan apa-apa jenis produk kecantikkan atau biasa kita panggil sebagai  ‘skincare’ kita kena lah ambil tahu dahulu jenis kulit muka sendiri. Sebab bukan semua orang mempunyai ‘skin type’ yang sama dan bersesuaian dengan sesuatu produk.

Ini penting bagi memastikan kulit kita berada dalam keadaan sihat dan baik terutama bila kita menggunakan produk muka dari segi luaran ia dapat mengelakkan masalah lain timbul.  

Korang nak elak masalah kulit breakout kan? 

Jadi jom kita ‘survey’ dulu jenis kulit muka dan cara untuk kita mengatasi masalah seperti jerawat, jeragat dan lain-lain. 


Jenis dan struktur kulit seseorang, selalunya dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya ialah :
  1. Kandungan air dalam kulit mempengaruhi kelembapan dan  keanjalan struktur kulit kita.
  2. Kandungan minyak dalam kulit pula mempengaruhi kelembutan, dan memelihara nutrisi kulit
  3. Pengambilan makanan tambahan seperti vitamin atau mineral menambah baik kesihatan kulit kita


Jenis Kulit Muka Normal

  • Kulit muka jenis normal menggambarkan  kulit yang seimbang. Maksudnya keseluruhan kulit muka mempunyai sebum (minyak) dan kelembapan yang seimbang atau sama rata. Kulit jenis ini juga tidak terlalu kering dan tidak terlalu berminyak. Di bahagian ‘T Zone’ (dahi, dagu dan hidung) mungkin ada sedikit berminyak namun tidak memudaratkan. 
  • Saiz liang pori kecil/ sederhana.
  • Warna kulit sekata, dan nampak sihat.
  • Pada bahagian 'T' zone muka, tidak berminyak dan stukstur kulit muka lembut



Jenis Kulit Kering
  • Mereka yang mempunyai jenis kulit kering kebiasaanya setiap kali lepas cuci muka, kulit akan terasa tegang, ketat dan agak keras.
  • Garisan halus mudah terlihat dan muncul. Dalam masa yang sama kulit jenis ini akan lebih mudah menggelupas dan kulit terasa pedih secara tiba-tiba. Terutama ketika kita mencuci muka/toner.
  • Selain itu, kulit jenis ini dilihat juga tidak mempunyai masalah liang pori yang ketara tetapi sel-sel kulit mati akan terkumpul dan menyebabkan kulit menjadi kusam.
Punca Kulit Kering
  • Kulit mungkin mengalami kehilangan air dari kelenjar yang disebabkan oleh cuaca yang panastekanan dan aktiviti semasa. 
  • Kekurangan kelembapan secara semula jadi terutamanya dari sumber urea, asid amino dan asid laktik yang bertindak membantu mengikat atau kunci kelembapan di dalam air. 
  • Kekurangan lipid epidermis seperti ceramidaasid lemak dan kolesterol yang diperlukan dalam membantu fungsi penghalang kulit menjadi lebih sihat. 



Jenis Kulit Kombinasi
  • Kulit jenis ini mempunyai gabungan antara kulit berminyak dan juga kulit kering.
  • Terutama pada bahagian T zone muka, seperti hidung, dagu dan dahi kelihatan lebih berminyak berbanding keadaan kulit di pipi lebih kering.
  • Kulit jenis ini juga selalunya diperngaruhi oleh genetik atau perubahan hormon seseorang individu. Masalah yang sering ada untuk golongan jenis kulit ini ialah whitehead dan blackhead senang mumcul di bahagian hidung.
Punca Kulit Kombinasi
  • Pengeluaran sebum (minyak) yang berlebihan pada bahagian 'T zone' menyebabkan ia kelihatan berminyak berbanding  pada  bahagian kulit seperti di pipi kekurangan sebum dan kekurangan lipid yang sepadan menjadikkan ia kelihatan kering. 


Jenis Kulit Berminyak
  • Untuk individu yang mempunyai masalah kulit berminyak seperti ini, mereka lebih terdedah dengan masalah kulit seperti pori terbuka luas dan tersumbat, jerawat dan blackhead. 
  • Ini berlaku akibat sebum (minyak) dihasilkan secara berlebihan
Punca Kulit Berminyak
Kulit berminyak sering terjadi apabila, penghasilan (sebum) berlebihan dan ini mungkin 
terjadi daripada :  
  • GenetikKeturunan 
  • Perubahan dan ketidakseimbangan hormon 
  • Pengambilan ubat-ubatan 
  • Tekanan 
  • Penggunaan kosmetik komedogenik (produk solekan yang menyebabkan kegatalan


Jenis Kulit Sensetif
  • Untuk mereka yang ada masalah kulit sensetif ia boleh dikenal pasti melalui tekstur  kulit yang lebih lembut, kemerah-merahan, gatal dan mudah rasa pedih
  • Ini kerana kulit mudah bertindak balas dengan kandungan produk, persekitaran dan juga makanan.
  • Kenal pasti atau kaji faktor punca yang menyebabkan kulit menjadi sensetif supaya kita dapat mengurangkan masalah sensetif. 

So, korang dah tahu mana satu jenis kulit muka yang korang ada? Kenalpasti kulit kita untuk memudahkan kita sendiri memilih produk penjagaan kulit/skincare yang berkesan dan menjadikkan kulit lebih sihat. Semoga perkongsian aisa ini membantu korang di luar sana.

Your Beauty Consultant, Aisa Azilah
Continue Reading

Thursday, 8 July 2021

Kes Covid 19 Semakin Tinggi Di Malaysia Dengan Mencatatkan Kes Sebanyak 8,868 Pada 8 Julai 2021 Khamis

Kes Covid 19 yang makin hari makin tinggi di Malaysia sehingga mencatatkan 8,868 kes pada 8 Julai 2021 menjadikkan jumlah ini antara kes yang tertinggi setakat hari ini walaupun sudah lebih sebulan kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).

KES COVID 19 DI MALAYSIA

Ramai yang semakin tenat dan penat dengan keadaan sekarang seperti tiada bayang untuk kes turun ke angka 0. Emosi juga semakin tidak stabil, ekonomi keluarga kian terjejas. Terutama buat warga selangor, kes harian hari ini mencatatkan kes sebanyak 4,152 kes positif covid-19.

Pecahan Kes Mengikut Negeri (sumber KKM)


Kempen #benderaputih, yang datang dari idea rakyat sendiri sedikit sebanyak membantu keadaan segolongan keluarga yang betul-betul memerlukan bantuan.

Sekarang bukan lagi masa untuk kita menunjuk siapa kaya, siapa susah, siapa ada kereta mewah siapa yang makan paling sedap. Tiada lagi keseronokkan 'updated' di page  masak apa tak jadi hari ni seperti musim PKP yang lepas. Sebab PKP kali ni betul-betul menjejaskan semua pihak.

Tunjukkan empati kita dengan keadaan orang sekeliling. Jom kita bersama-sama berganding bahu untuk terus menjaga antara kita (rakyat jaga rakyat) dan hulurkan bantuan bagi yang memerlukan. Anda boleh juga klik sini untuk mendapat info bantuan/ menghulurkan bantuan. 

Dan, pastikan jangan lupa untuk ambik vitamin C sebagai langkah ikhtiar untuk kita meningkat kesihatan imun secara semula jadi.

Boleh klik sini untuk dapatkan vitamin C dengan harga mampu milik


Kita masih lagi belum menang! Jangan putus asa dan sentiasa berdoa semoga virus ini cepat-cepat lenyap dari muka bumi. 

Rakyat Prihatin, 
Aisa Azilah






Continue Reading

Monday, 5 July 2021

Kebaikan dan Fungsi Life Shake Elderberry Shaklee - Aisa Azilah


Menjadi satu permintaan tinggi di kalangan masyarakat, bila mana pihak Shaklee Malaysia membawa masuk produk terbaru iaitu minuman protein yang berasaskan dari buah elderberry yang kaya dengan khasiat semulajadi. 

Life Shake Elderberry with Soy Protein Shaklee

Sebelum ini, shaklee juga mempunyai minuman protein lain seperti ESP, Cinch Shake dan Meal Shake. Aisa teruja sangat dengan produk baru ni sebab ia berbeza dari minuman protein yang aisa pernah rasa sebelum ni.

Rasa lemak manis kacang soya yang ditambah dengan sedikit masam elderberry tu buat aisa rasa macam minum air 'yogurt' dan 'bliss', seriusly , memang sangat sedap!

Life Shake Elderberrry Kaya Dengan Mineral dan Vitamin Semulajadi

So dekat sini, aisa nak kongsikan antara manfaat elderberry untuk kesihatan kita secara ringkas. Tapi kalau nak baca info penuh boleh klik sini ok!

  • Kaya dengan Antioksidan
  • Digunakan secara tradisional untuk melawan simptom demam dan selesema
  • Mempunyai sifat anti-viral
  • Meningkatkan sistem imun secara semulajadi
  • Meningkatkan sistem pencernaan
  • Atasi masalah sembelit
  • Mengatasi masalah kulit muka 'breakout' atau berjerawat
  • Bertindak sebagai anti penuaan
  • Melindungi sel-sel dalam badan daripada diserang dengan radikal bebas
  • Atasi resdung
Bayangkan semua manfaat elderberry ini korang boleh dapat dengan mudah melalui life shake elderberry shaklee. Dan apa yang bagus, life shake ni mempunyai gabungan 'soy protein' yang menjadikkan ia lebih kaya dengan khasiat vitamin dan mineral semulajadi.

Selain daripada manfaat elderberry, kita juga memberi perlindungan dua kali yang mana ia mengandungi nutrien lain untuk perlindungan dan kesihatan pencernaan.

Penghadaman Sihat = Perlindungan Terbaik

Protein - membantu membina antibodi
Prebiotik - menyokong bakteria baik untuk penghadaman yang sihat
Enzim Penghadaman - untuk penyerapan protein dan penghadaman
Fibre - mengawal pergerakkan usus untuk penghadaman yang sihat

10 Kelebihan Life Shake Elderberry

Ha nampak kan, betapa banyaknya manfaat yang kita boleh dapat bila mengamalkan life shake elderberry ni? Lepas ni tak perlu lagi susah nak cari buah beri macam ni untuk buat jus dan lain-lain sebab selalunya harga buah beri ni lebih mahal buah importkan,kenalah dengan khasiatnya juga.

Ambik saja, elderberry life shake sebagai pengganti kerana ia lebih mudah, boleh terus 'shake' dengan air sejuk atau dicampur dengan minuman jus lain. Cepat dan lebih jimat!

Jom dapatkan Life Shake Elderberry ini dengan harga special di sini


Continue Reading