Monday, 24 December 2018

Jenis-jenis Jerawat Wanita dan Lelaki

KENALI JENIS JERAWAT DI WAJAH ANDA!


Kewujudan jerawat menggangu aktiviti harian dan menyebabkan ketidaselesaan

Jerawat ni bagi aisa satu masalah yang besar bila mana ia mendorong kepada perasaan kurang keyakinan diri. u bayangkkan, contoh kita pergi interview dalam masa yang sama masa tu juga jerawat ni nak tumbuh. kat dahi, pipi paling down bila jerawat ni 'menenggek' dekat hidung kita.
Setuju tak?
Normal, jika seseorang itu mempunyai masalah jerawat di muka. Tapi kalau dah banyak sangat menempel kat muka, kita kena tahu jenis dan punca supaya kita dapat mengatasi dan mengurangkan msalah jerawat tersebut,
So, jom kita 'study' sikit dengan jenis-jenis jerawat yang sering menggangu kita:
Jerawat Pasir
Berbentuk kecil dan berwarna putih kemerahan
Jerawat pasir ni rasanya ramai orang pernah ada, selalu masa remaja di peringkat sekolah menengah kita dah start ada jerawat jenis macam ni.Kan?
Jerawat pasir ni antara ciri-cirinya ialah  berbentuk kecil dan berwarna putih kemerahan. ia nya selalu  disebabkan oleh masalah liang pori-pori kulit tersumbat dan berlaku jangkitan bakteria. Bakteria jerawat ini sebenarnya memang tinggal di kilang kalenjar kulit (sebaceous gland) kita.
Jerawat jenis macam ni biasanya tidak akan merebak, atau membengkak kalau jari-jemari kita tak menggatal nak memicit. So pastikkan tangan kita selalu dalam keadaan bersih. 
Jerawat Batu
Berwarna merah dan bernanah serta meninggalkan kesan parut
Biasa dengar kan jerawat jenis macam ni? Jerawat batu ni biasanya mempunyai saiz yang lebih besar, berwarna merah dan bernanah yang menunjukkan tanda-tanda keradangan kulit yang teruk.
Jerawat ini turut dikenali sebagai Cystic Acne, dan selalunya lebih sukar untuk diatasi berbanding jerawat pasir. Ia berpunca daripada penghasilan minyak yang terlalu banyak oleh kelenjar minyak dan juga terdapat pertumbuhan sel yang tidak normal di bahagian itu
Part yang paling tak best, bila mana jerawat batu ini akan Jerawat batu akan meninggalkan parut yang sukar untuk dihilangkan dan permukaan kulit muka bekas jerawat batu biasanya akan berlekuk (seperti kawah di pipi)
Blackheads
Mempunyai lubang-lubang kecil yang kehitaman

Masalah blackheads ni terjadi apabila, 'comedones/luka jerawat asas' yang terbuka di kawasan permukaan kulit. Bermaksud ruang tersebut dipenuhi dengan minyak dan sel-sel kulit yang mati. 

Warna hitam yanghasil daripada pantulan cahaya yang tidak teratur yang datangnya daripada folikel yang tersumbat.

Whiteheads
Ia lebih halus dan menjadikkan kulit muka kasar

Whiteheads ini merupakan biji kecil dan berwarna putih. Ia mula terjadi sebab kulit muka kita menghasilkan minyak secara berlebihan dan sel-sel kulit mati menyebabkan liang pori terbuka jadi tersumbat.

Kesemua masalah jerawat ini dapat dikurangkan/diatasi dengan amalakan pemakanan yang sihat, seimbang serta menjaga kebersihan.
Dalaman badan yang bersih merupakan asas kepada kulit yang lebih cantik, in sha Allah. 


0 comments:

Post a Comment